Tuesday, 18 October 2016

Image result for ajaran sesat
Ajaran sesat muncul dalam masyarakat Islam hasil daripada perancangan rapi yang ditaja oleh musuh-musuh Islam dengan tujuan untuk merosakkan agama Islam dan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam menerusi perbezaan dan percanggahan fahaman.
Image result for ajaran sesat
Di negara kita, ajaran sesat memang telah dikesan sejak dahulu lagi dan pengaruhnya meresap masuk ke dalam masyarakat Islam menerusi gerakan batiniah atau yang bertopeng di sebalik nama tarikat-tarikat Sufiah yang dikenali di kalangan masyarakat negara ini. Ajaran tersebut lazimnya bergerak secara berkumpulan dan diketuai oleh guru atau pembawa ajaran itu yang dianggap mursyid serta kononnya mempunyai martabat yang tinggi pada pandangan pengikut-pengikutnya. Guru itu sendiri adakalanya menggunakan ilmu batiniah untuk meyakinkan pengikut-pengikutnya seperti menunjuk kekebalannya, mengeluarkan air dari jari, boleh merawat penyakit ganjil dan sebagainya.

Ada juga yang mendakwa boleh menghilangkan diri (ghaib) dari pandangan orang ramai, pergi ke suatu tempat dalam sekelip mata, mikraj ke langit beberapa kali, pergi bertemu Rasulullah SAW untuk menerima ajarannya, tidak pernah tidur semenjak sekian lama, tahu niat hati orang lain terutama pengikut-pengikutnya dan lain-lain lagi. Tujuannya berbuat demikian adalah untuk menarik kepercayaan orang ramai supaya menjadi pengikutnya.
Image result for ajaran sesat
Di Kelantan, kebanyakan ajaran sesat diseludup masuk dari luar seperti negara jiran. Ajaran tersebut bergerak secara sulit dengan mempengaruhi mereka yang jahil tentang ilmu agama. Selalunya taktik yang digunakan untuk mempengaruhi pengikut ialah dengan mengemukakan pertanyaan-pertanyaan untuk memerangkap kemudian membiarkan orang itu dalam keadaan tertanya-tanya untuk beberapa ketika misalnya:-
1. Kenapa Allah SWT memfardukan sembahyang Zohor empat rakaat, tidak tiga atau dua?
2. Apa maksud ‘Ba’ dalam awal ayat Bismillahhirrahmannirrahim?
3. Apa Muhammad awal dan Muhammad akhir?
4. Nama Allah yang diketahui umum ialah 99, apakah nama Allah yang ke 100?
5. Apa makna Alif, Dal, Mim pada nama Adam atau Mim, Ha, Mim, Dal, pada nama Muhammad?
Pertanyaan yang direka-rekakan itu menimbulkan rasa ingin tahu dalam hati orang yang dipengaruhi itu kerana sebelum itu mereka belum pernah mendengar dari mulut guru-guru agama atau alim ulama. Untuk mengetahui jawapan tersebut, seseorang itu mestilah memenuhi syarat tertentu seperti berikrar tidak akan mendedahkan rahsia pengajaran yang dianggap ‘isi’ itu, mematuhi semua cakap dan arahan guru tanpa membantah, dan lain-lain syarat lagi termasuk meminum air jampi. Keengganan mematuhi syarat-syarat yang diberikan itu menyebabkan seseorang itu dianggap tidak layak menerima ilmu yang disifatkan sebagai inti dari segala agama. Begitulah cara yang selalu dilakukan oleh pembawa ajaran sesat supaya ajarannya tidak bocor ke pengetahuan orang ramai yang dikira bukan ahlinya.
Pengajaran biasanya dibuat di rumah pengikut atau di surau (balaisah) kepunyaan kumpulan mereka sendiri, bukan di masjid sebagaimana yang lazim dilakukan oleh guru-guru agama. Di sana mereka berkumpul dan mengadakan majlis zikir dan pengajaran cuma diselit-selitkan sahaja atau diadakan pada waktu-waktu tertentu setelah berpuas hati bahawa dalam majlis tersebut dan tidak ada orang luar yang cuba menyamar untuk mencari rahsia. Jika dalam majlis tersebut ada orang yang tidak dikenal atau disyaki, maka pelajaran langsung tidak akan diadakan bahkan majlis tersebut bersurai begitu sahaja.

Satu-satunya  pengajaran khusus yang disampaikan kepada individu tertentu tidak boleh dimaklumkan kepada orang lain tanpa izin guru hatta sesama pengikutnya sendiri. Alasannya ialah kerana darjah seseorang itu tidak sama dan mereka tidak semuanya layak menerima ajaran yang kononnya isi itu kecuali kepada mereka yang sesuai sahaja mengikut penilaian guru mereka sendiri. Pengajaran hanya disampaikan secara lisan tanpa berpandukan kitab-kitab tertentu. Jika ada pun, buku tersebut ditulis sendiri oleh guru berkenaan dan penggunaannya amatlah terbatas supaya tidak jatuh ke tangan orang lain.
Guru ajaran sesat menggunakan berbagai muslihat untuk menundukkan pengikutnya supaya patuh kepada segala arahan dan kehendaknya. Kesetiaan pengikutnya diukur dengan pengorbanan yang dicurahkan terhadap guru. Semakin banyak pengorbanan yang diberikan kepada guru semakin tinggilah pula penghormatan guru terhadap pengikut berkenaan dan semakin rapatlah hubungan mereka. Sebaliknya pula, sedikit pengorbanan yang diberikan mereka semakin rendah dan jauhlah hubungannya dengan guru dan pengikut. Oleh itu tidak hairanlah jika terdapat guru ajaran sesat memiliki kesenangan serta kemudahan yang diperlukannya kerana itu semua diperolehi hasil dari pengorbanan pengikut setianya. Bagi mereka, syafaat guru adalah merupakan suatu ganjaran yang amat diharapkan.
 Di samping berusaha membentuk jiwa pengikut-pengikut supaya kasih dan taksub terhadap ajaran yang dianuti, pembawa-pembawa ajaran sesat tidak lupa mempengaruhi mereka supaya bersikap benci terhadap sesiapa jua yang cuba menentang kegiatan mereka termasuk guru-guru agama, alim ulama, undang-undang, pihak berkuasa agama dan lain-lain. Kononnya usaha suci mereka itu ditekan dan dihalang oleh golongan yang tidak mahu kepada kebenaran. Segala hujah yang dibawa oleh guru ajaran sesat untuk menegakkan kepalsuannya itu memang diterima oleh para pengikutnya tanpa berfikir lagi. Dari sinilah lahirnya rasa simpati terhadap diri guru mereka yang dianggap tidak bersalah itu.
Keadaan ini menimbulkan sikap memberontak dalam diri pengikut-pengikut ajaran sesat terhadap pihak berkuasa alim ulama dan mereka lantas mengambil sikap memulau segala program keagamaan yang ditaja oleh orang lain yang bukan dari golongan mereka seperti kuliah-kuliah agama, perayaan agama, sembahyang Jumaat, sembahyang jemaah di masjid atau surau, majlis perkahwinan dan sebagainya. Sama ada disedari atau tidak, kumpulan penganut ajaran sesat itu telah menggugat perpaduan masyarakat dan menjejaskan keharmonian hidup akibat dari perbezaan pegangan ajaran agama antara mereka dan orang ramai. Pernah terjadi krisis rumahtangga bila salah seorang dari pasangan suami isteri enggan menyertai kumpulan tersebut. Demikianlah kesan yang wujud di dalam masyarakat akibat dari pengaruh ajaran sesat yang merbahaya itu.

Kesan Ajaran Sesat Terhadap Diri, Keluarga dan Masyarakat

Image result for 1 malaysia
Sejak kebelakangan ini banyak akhbar-akhbar tempatan melaporkan isu yang berkaitan ajaran sesat yang berlaku di sekeliling masyarakat kita. Hampir setiap hari dan setiap minggu kita dapat membaca artikel yang berkaitan ajaran sesat. Hari ini harian metro sekali lagi membongkar satu kegiatan kumpulan yang dipercayai mengamalkan ajaran sesat yang bergiat aktif di sebuah taman perumahan di pinggir ibu kota. 
Kemunculan ajaran sesat adalah disebabkan kecetekan ilmu pengetahuan mengenai agama Islam. Ia akan memberi kesan terhadap akidah umat Islam.
Apabila terpengaruh dengan ajaran sesat, seseorang itu akan terdedah dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Termasuklah melakukan perbuatan-perbuatan syirik dan khurafat. Contohnya percaya kepada ibu duit, pemujaan kubur, memuja roh adalah perbuatan khurafat.
Sekiranya kemunculan kumpulan ajaran sesat ini tidak dibendung, ia akan memberi kesan terhadap diri dan masyarakat. Antara kesan-kesan apabila seseorang itu terjerumus dengan ajaran sesat ialah :
Minda terkongkong
Image result for minda terkongkong
Apabila seseorang itu telah terjebat dan mengikuti ajaran sesat akan menyebabkan minda seseorang itu terkongkong malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang tidak rasional kerana sifat ketaksuban mereka.
Lupa tanggungjawab terhadap keluarga
Image result for Lupa tanggungjawab terhadap keluarga
Mengikuti kumpulan ajaran sesat juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawabnya terhadap keluarga kerana mempunyai sifat taksub dan melampau dalam beragama. Keluarga tidak terurus dengan sempurna sepertimana yang di amanahkan oleh Allah SWT dan keadaan ini juga boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan itu sendiri.
Perpaduan tergugat
Image result for perpaduan tergugat
Perpaduan di dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran ajaran sesat ini. Hal ini boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tindas menindas sesama sendiri kerana masing-masing ingin menjadi kumpulan yang unggul dan mencari pengaruh.
Justeru itu, umat slam disarankan agar menjauhi golongan-golongan pelampau agama iaitu mereka yang berpendirian dan bertindak keterlaluan dalam beragama. Seperti pelampau syiah, wahabi atau salafi moden, Islam liberal dan lain-lain.
Bagi menjamin diri dan keluarga tidak terbabit dengan ajaran sesat, umat Islam jangan jemu mempelajari ilmu berkaitan Islam, kerana mereka yang berilmu tidak akan tersesat.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT
Image result for langkah mencegah ajaran sesat
1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.
2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.
3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.
Kesimpulan

Islam adalah satu-satunya agama yang lengkap lagi komprehensif (syumul) kerana ia diasaskan atas tiga komponen utama iaitu akidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga komponen ini menjadi tonggak utama kepada kekuatan, kesempurnaan dan keindahan Islam. 

Rahsia kejituan Islam adalah berdasarkan kepada dua sumber utama iaitu Al-Qur‘an dan As-Sunnah. Maka keselamatan umat Islam di dunia dan di akhirat adalah ditentukan kepada ukuran sejauh mana seseorang itu berpegang teguh kepada kandungan Al-Qur‘an dan As-Sunnah. 

Masyarakat Islam telah dilanda oleh pelbagai kecelaruan dalam memahami tentang akidah Islam yang sebenar. Kita merasa amat dukacita dalam suasana keghairahan umat Islam hendak mendekati dan menghayati ajaran Islam ini, ada di kalangan umat Islam yang masih teraba-raba mencari kebenaran tersebut. Natijahnya menyebabkan sebahagian umat Islam terjebak ke dalam fahaman dan ajaran sesat yang ditaja oleh golongan-golongan tertentu yang mempunyai kepentingan hawa nafsu dan kebendaan. 
Ajaran yang menyalahi ajaran  akidah Islam merupakan kategori kufur yang keji dan membabitkan hukuman serta implikasi yang amat berat, dalilnya sebagaimana yang dinyatakan Al-Quran
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada agamanya (Agama Islam) lalu ia mati sedangkan dalam keadaan kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah segala amal usahanya (yang baik) didunia dan akhirat. Mereka itulah ahli neraka dan kekal didalamnya (selama-lamanya) (surah Al-Baqarah 2: 217)
Dalil daripada hadis Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Said bin Aslam r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dipancung lehernya “ (al-Muatta).
Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا . أُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا"
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan" (QS al-Nisa’ [4]: 150-151).



No comments:

Post a Comment